Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Jun 18, 2009

Ulama Tulen Tidak Menentang Perpaduan...

Umum sudah mengetahui akan krisis yang telah berlaku didalam Parti PAS ekoran daripada cadangan Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkenaan dengan "kerajaan perpaduan dengan UMNO" iaitu sebelum Muktamar PAS diadakan baru-baru ini.

Berikutan dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh YB Haji Hadi itu, maka ianya telah mengundang reaksi berbagai-bagai daripada orang perseorangan, ahli-ahli politik BN serta dari ahli-ahli parti pembangkang sendiri, ada yang menyokong dan pasti ada yang membantah.

Bagi pihak kerajaan khususnya Barisan Nasional melalui Perdana Menteri, telah menunjukkan minat dengan cadangan oleh Presiden PAS itu. Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib telah menyatakan bahawa beliau sentiasa mengamalkan sikap terbuka berkenaan dengan cadangan yang dilihat sebagai satu usaha ke arah perdamaian demi kesejahteraan serta perpaduan rakyat.

Namun reaksi yang diterima daripada Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat sangat mengecewakan. Beliau bukan saja tidak setuju dengan cadangan "kerajaan perpaduan" yang telah dicadangkan oleh Haji Hadi itu, malah beliau telah mengaitkan pihak lain yang bertanggungjawab dengan cadangan itu khususnya UMNO. Tidak cukup dengan itu Nik Aziz telah tergamak menggelarkan kepada sesiapa terutamanya pemimpin atau ahli PAS yang memberi sokongan berkenaan cadangan itu sebagai "boneka UMNO".

Sejak bermulanya babak itu, maka Nik Aziz telah mengeluarkan berbagai kenyataan demi kenyataan bagi memperlihatkan betapa dia memang menentang keras cadangan "kerajaan perpaduan" yang dicetuskan oleh Haji Hadi itu. Apa yang jelas ialah Nik Aziz langsung tidak membuka pintu hatinya kepada sebarang usaha bagi mewujudkan perdamaian diantara sesama manusia malah jauh sekali untuk beliau memberi ruang dan peluang kepada pihak yang mencadang dan kepada pihak yang dituju akan cadangan itu untuk mengadakan perbincangan atau rundingan bersama.

Kemuncak kepada sikap keras hati serta minda tertutup Nik Aziz ini ialah apabila beliau dengan tegas telah mencabar Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa supaya meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan Bachok serta melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS jika YB Nasharuddin masih lagi dengan pendiriannya yang menyokong usul "kerajaan perpaduan" ilham Haji Hadi itu. Nik Aziz 'mungkin agaknya' dengan perasaan marah yang tengah meluap-luap telah mengibaratkan tindakan oleh YB Ustaz Nasharuddin itu sebagai "sampah" didalam PAS.

Jika dinilai dari gelaran "Tok Guru, Ulama serta dari segi pakaian yang dikenakan oleh Nik Aziz, sudah tentu kita tidak akan menduga akan sifat, tindakan serta ungkapan yang digunakan oleh beliau apabila berdepan dengan suasana sedemikian sebenarnya langsung tidak dapat digambarkan dengan penampilan yang beliau bawa serta pamerkan. Cuma apa yang dapat saya simpulkan disini ialah pakaian, penampilan serta perwatakan seseorang bukanlah ukuran untuk sesiapa saja bagi mengenali hati budi orang lain.

Apa yang dapat saya rumuskan berkenaan dengan cara Nik Aziz bertindak apabila berhadapan dengan masalah dasar perjuangan parti seumpama itu ialah, sebenarnya: sebagai seorang "Tok Guru" beliau harus berperanan sebagai seorang yang memberi didikan berguna serta menyampaikan kata nasihat secara sopan dan tertib sesuai dengan gelaran "Tok Guru" yang ada pada beliau dan bukannya mencaci orang lain dengan panggilan yang tidak elok seperti "sampah" dan sebagainya. Sebagai seorang yang kedudukannya didalam masyarakat Islam adalah bertaraf "Ulama" beliau seharus berketerampilan sebagai seorang pendamai yang cintakan perpaduan dikalangan ummah dan dikalangan masyarakat majmuk di negara ini dan bukannya menentang usaha-usaha yang menjuruskan kepada soal perpaduan masyarakat, keharmonian serta kesejahteraan negara. Didalam ajaran Islam sendiri memang jelas menyebut betapa pentingnya umat Islam memelihara perpaduan dan keharmonian sesama insan.

Ada persoalan yang ingin saya timbulkan disini ialah, jika dengan parti DAP yang dasar perjuangannya memang jelas jauh menyimpang dengan dasar perjuangan yang dibawakan oleh PAS, namun Nik Aziz sedia pulak berkerjasama dengan mereka...tetapi mengapa tidak dengan UMNO yang perjuangannya mempunyai banyak persamaan dengan PAS ? Dimana titik perbezaannya, maka disitulah juga mereka harus mencari penyelesaiannya supaya titik persamaan dapat diwujudkan demi kebaikan bersama dan bukannya seperti cara pendekatan yang telah ditunjukan oleh Nik Aziz yang menentang hasrat murni Haji Hadi itu tanpa melihat jauh kedalam terlebih dahulu
.
Posted by Picasa

2 ulasan:

GOMO berkata...

SALAM BRO...
NIK AJIS NI BUKAN ULAMAK TULEN
TAPI ULAMAK CELUP YANG MEMENTINGKAN DIRI DAN HAL PERIBADI SEMATA-MATA.

AYUH BRO KITA BERJUANG!!!

hilbertmontell berkata...

betul tu GOMO,

pada saya pun Nik Aziz tidak layak diletakkan dalam golongan para Ulama.

Kerana para Ulama biasanya sangat menekankan kepada soal perpaduan Ummah serta kerharmonian umatnya.

Tetapi Nik Aziz pulak telah menolak seruan Haji Hadi yang mahu melihat perpaduan harus diutamakan dengan wujudkan "kerajaan perpaduan" diantara PAS dengan UMNO.

Arkib Blog