Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mei 07, 2009

Derma Darah, Derma Organ & Air Kumbahan

Bagaimanakah pandangan anda sebagai rakyat biasa tentang "pendermaan darah dan organ" ?
Kalau bagi saya darah adalah terhasil daripada sumber makanan yang dimakan oleh seseorang itu. Jadi, sekiranya makanan yang diambil tidak kira ianya halal ataupun sebaliknya tetap juga menyumbangkan kepada pengaliran dan juga penyuburan darah di dalam tubuh seseorang itu tanpa mengira apa bangsa serta juga apa agama dia.

Organ pula ialah anggota tubuh manusia seperti mata, jantung, buah pinggang dan sebagainya.
Jika semasa hidupnya seseorang itu telah menggunakan organ-organ tertentu pada dirinya seperti deria penglihatan, pendengaran serta deria rasa untuk sesuatu perkara yang sangat bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia yang bertamadun dan manusia yang beragama.

Jadi kepada penerima "pendermaan" ini, apakah hukumnya menggunakan sesuatu yang dahulunya adalah terhasil dari sesuatu yang dilarang serta juga dahulunya juga pernah digunakan untuk kegiatan yang tidak baik ?

Kekurangan atau ketiadaan sumber air di sesetengah negara seperti di Singapura telah mendorong mereka untuk menggunakan "air kumbahan" sebagai pilihan terakhir. Air kumbahan adalah terhasil daripada air yang tercemar, kotar, tandas awam, tandas apa saja yang telah di saring semula atau di kumbah, ditapis untuk diguna oleh orang ramai dan bayaran bil air ini juga sama dengan air yang di perolehi daripada sumber semulajadi.

Jadi bagamanakah pada pandangan anda sebagai pengguna berbayar mengenai perkara ini? Apakah anda sanggup untuk meneguk air yang jelas-jelas dihasilkan daripada sumber yang begitu menjijikkan itu? Bagi saya, binatang pun mungkin tidak sanggup untuk meminumnya.

Tiada ulasan:

Arkib Blog