Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mei 19, 2014

PRK Teluk Intan: Dyana Sofea, terperangkap dalam Krisis Identiti

Kalau diikut dari sejarah latar belakang keluarganya, calon DAP bagi PRK Teluk Intan di Perak, Dyana Sofea sememangnya dari keluarga yang menyokong perjuangan UMNO malah Dyana sendiri juga turut menimba ilmu dari pusat pengajian yang berteraskan kaum Bumiputera iaitu UiTM.

Tetapi tidak sangka pula sesudah mendapat sedikit ilmu, Dyana mula lupa diri malah terpukau dengan kuasa dan pangkat sehingga sanggup pula mempersoalkan tentang terma & syarat kemasukan ke UiTM sebaik saja dinamakan sebagai calon DAP pada Pilihan Raya Kecil berkenaan.

Calon Muda ! BN juga lebih dulu pernah ketengahkan pemimpin muda

Apabila DAP mencalonkan seorang gadis muda Dyana Sofea sebagai calon parti itu pada PRK Parlimen Teluk Intan Perak, maka ramailah pihak yang cuba mencemuh Barisan Nasional konon tak seberani parti lawan dari Pakatan Haram Pembangkang dalam mempertaruhkan nasib masa depan parti itu.

Tapi sebenarnya kita lupa bahawa sebelum inipun Barisan Nasional pernah memulakannya tapi tidak diwar-warkan kerana bagi pihak BN mungkin perkara itu hanya biasa-biasa saja tetapi apabila DAP melakukannya maka tetiba saja orang ramai buka mata macamlah DAP tu bagus sangat.

Cuba kita imbas kembali pada zaman awal kerajaan Barisan Nasional dulunya Perikatan yang diketuai UMNO, bekas Ketua Menteri Sarawak yang kini TYT Sarawak Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud telah memulakan karier politiknya seawal usia 25 tahun semasa menyertai kabinet Sarawak dan Pusat. Datuk Seri Najib menjadi MB Pahang ketika umur beliau 22 tahun. Datuk Seri Dr. Khir Toyo dilantik menjadi Menteri Besar Selangor pada umur 33 tahun. YB Khairy Jamaluddin menjadi calon BN di Parlimen Rembau pada usia 27 tahun.

Itu antara contoh-contohnya malah masih ramai lagi nama-nama pemimpin BN yang mula dibawa untuk bergiat dalam politik pada usia mereka yang masih muda tetapi tiada yang kisahpun namun apabila DAP buat lalu riuh pula satu dunia. Ada satu lagi, Lim Kit Siang, jika beliau adalah dari BN sudah pasti kena kutuk bagai kerana sudah berabad-abad dalam parti tetapi tak reti-reti nak berundur tetapi oleh kerana beliau dalam DAP maka semuanya menjadi okay..

Sabtu, Mei 17, 2014

PKR sudah menuai hasil yang ditanam !

Jangan pula kita fikir bahawa beberapa insiden seperti pergaduhan, baling kerusi, tendang peti undi dan berbagai lagi yang telah mewarnai suasana pemilihan jawatan dalam parti PKR baik pada pemilihan sebelum ini mahupun pada pemilihan tahun 2014 sebagai satu kebetulan atau satu perkara biasa kerana sesungguhnya apabila seseorang petani itu memilih benih apa yang dia mahu tanam maka akhirnya nanti setelah tiba musim menuai maka itulah juga hasil yang akan dia tuai dan petik dari kebunnya.

Senang cerita, kalau dia tanam pisang maka nanti dia akan dapat hasil pisang juga takkanlah dia akan pungut hasil buah nenas dan begitu juga jika dia tanam buah koko takkan jadi kopi. Kalau dah Anwar Ibrahim dan PKR sendiri mengajar rakyat harus berani menentang kerajaan, melawan pihak berwajib malah menentang siapa saja yang mereka tidak suka maka jangan hairanlah atau terperanjat jika kini sudah muncul pula mereka-mereka dari kalangan PKR lantang mencabar pemimpin mereka seperti yang telah berlaku di Selangor semalam malahan berlaku di hadapan Anwar Ibrahim sendiri yang kelihatan beberapa kali cuba menenangkan ahlinya namun suasana bertambah kecoh.

Jumaat, Mei 16, 2014

Kenapa pula presiden SPDP ikut melompat sama ??

Sangat aneh bagi saya apabila seorang presiden bagi sesebuah parti politik bertindak terjun bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin lain keluar parti dan masuk parti lain seperti yang telah dilakukan oleh bekas Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom.

Lebih mengejutkan lagi ialah apabila Tan Sri William Mawan bertindak sedemikian bersama dengan kumpulan 5 yang pernah menentang beliau sebelum ini seperti ADUN Tasek Biru YB Datuk Peter Nansian, ADUN Bekenu YB Hjh Rosey Yunus, ADUN Marudi YB Datuk Sylvester Entrie Muran, ADUN Batu Danau dan juga bekas Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr. Tiki Lafe setelah mereka cuba disisih dari parti oleh kepimpinan parti.

Kalau betullah DS Anwar kemalangan, mana gambar kereta dia ya?

Baru beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan berita di media sosial facebook jam 10 malam menyebut bahawa ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim telah terlibat kemalangan jalanraya di Damansara ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama dengan isterinya DS Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Tapi sehingga kini kita belum lagi nampak atau ditunjukkan dengan gambar kereta beliau yang terlibat dalam kemalangan tersebut sebab jika benar berlaku tentulah ada disertakan dengan gambar keretanya sekali seperti yang berlaku ke atas YB Tian Chua, mendiang Karpal Singh, Menteri Kesihatan DS S. Subramaniam dan beberapa orang mereka yang lain lagi sebelum ini...tapi gambar kereta Anwar mana hoooo???

Khamis, Mei 15, 2014

Kerajaan BN Sarawak perlu bijak baca taktik pembangkang !

Kerajaan negeri Sarawak yang baru di bawah teraju YAB Tan Sri Hj. Adenan Hj. Satem dilihat mula mengambil langkah yang lebih terbuka dan berlembut dengan pihak pembangkang, ini berdasarkan kepada perkembangan terkini keadaan politik semasa di negeri ini di mana pihak kerajaan dan pembangkang kelihatan sedang berusaha menjalinkan hubungan mesra sesama mereka dan ini ternyata berbeza dengan cara dan juga corak kepimpinan sebelum ini yang agak tegas serta lebih berprinsip selaras dengan kedudukkannya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah.

Namun dalam suasana yang sedemikian rupa, pihak kerajaan negeri diharap tidak menaruh keyakinan terlalu tinggi bahawa pembangkang akan mengubah pendirian mereka terhadap dasar kerajaan dari membangkang sebelum ini kepada menyokong kerana kita perlu sedar dan sentiasa ingat bahawa matlamat asal pembangkang yang bergabung di dalam Pakatan DAP, PKR dan PAS adalah untuk menawan Bumi Kenyalang serta merampas kerajaan negeri Sarawak daripada Barisan Nasional.

Justeru itu, pemimpin kerajaan BN negeri diharaplah agar sedar bahawa prinsip perjuangan pembangkang ialah "matlamat menghalalkan cara." Mereka sanggup lakukan apa saja demi untuk mendapatkan kuasa memerintah negeri Sarawak. Jadi pemimpin BN Sarawak janganlah mudah leka dan terbuai dengan muslihat tersembunyi disebalik pujian misteri mereka ke atas kepimpinan baru kerajaan negeri Sarawak.

Sebagai rakyat Sarawak yang sayangkan Malaysia ini, kita tidak mahulah melihat kerajaan BN negeri seolah-olah mula cuba hendak menekan kerajaan BN Pusat dengan menggunakan berbagai modal yang sebelum ini sememangnya kita tahu telah menjadi alat kepada pembangkang untuk meracuni pemikiran rakyat Sarawak agar bangkit membenci kerajaan persekutuan.

Bagi saya, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya kerajaan negeri hendak menuntut perkara-perkara tertentu daripada kerajaan pusat tentang apa yang patut dan wajar bagi negeri dan rakyat Sarawak tetapi biarlah ianya dibuat atau dilakukan atas kehendak kerajaan negeri itu sendiri demi rakyat tanpa dilihat terlalu bergantung di atas desakan pihak pembangkang.

Rabu, Mei 14, 2014

Tuhan beri peluang untuk berpatah balik dari keterlanjuran

Tuhan itu Maha Adil dan Maha Bijak Sana. Tuhan telah memberi beberapa petunjuk kepada orang-orang tertentu yang dikehendakiNya agar mereka ini segera insaf dari perbuatan salah yang telah mereka lakukan serta berubah kepada kebaikan.

Apa yang telah terjadi ke atas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr. WAWI semalam bolehlah dianggap sebagai peringatan daripada Tuhan supaya kedua mereka perbetulkan balik apa jua kesilapan yang telah mereka lakukan dalam perjuangan mereka selama ini hingga menimbulkan begitu banyak masalah di kalangan masyarakat serta mewujudkan suasana gelisah di dalam negara.

Apa-apapun kita doakan keselamatan dan kesihatan untuk kedua-duanya malah kita berharap agar peristiwa itu mampu menjadi ikhtibar bahawa setiap apa yang kita lakukan jika ianya bertentangan dengan apa yang menjadi pegangan dalam hidup kita pasti Tuhan tidak akan pernah merestuinya.

Selasa, Mei 13, 2014

PAS hantar Mohd Nabi ke Bukit Gelugor untuk melangkah mayat

Nampaknya dalam diam PAS telah menyahut cabaran yang pernah disuarakan oleh bekas Pengerusi DAP Kebangsaan yang juga bekas anggota Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh kepada PAS sebelum ini iaitu sekiranya parti yang menggunakan nama Islam itu berhajat benar hendak melaksanakan hukum Hudud di Malaysia maka hendaklah mereka melangkah mayat beliau terlebih dahulu baru boleh tubuhkan negara Islam di negara ini.

Bertanding atas tiket Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abdul Sathar, 63, tanpa berselindung mengaku bahawa beliau adalah ahli parti PAS dan berhasrat mahu menang di Bukit Gelugor agar membolehkan beliau membantu PAS melaksanakan undang-undang Hudud di negeri Pulau Pinang. Visi sukar tapi tak mustahil untuk tidak berjaya..

Khabar dari Terengganu sebuah berita buruk bagi Barisan Nasional !

Siapa sangka keadaan politik di negeri Terengganu boleh bergolak sampai ke tahap keluar parti apatah lagi apabila ianya melibatkan bekas Menteri Besarnya sendiri Datuk Seri Ahmad Said yang terkenal dengan sikap tegas, berani serta lantang bersuara tentang perkara-perkara yang menjadi perhatian kepada rakyat.

Dua penggal menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said atau lebih mesra dengan nama panggilan Mat Said kerapkali menunjukkan sikap bertanggungjawab beliau terhadap parti, bangsa, agama, negeri serta negara tetapi malang sekali kerana rupa-rupanya sikap sedemikian tidak disenangi oleh ramai pemimpin di dalam UMNO sedangkan pemimpin atasan berkehendakkan pemimpin pada peringkat yang lebih bawah bersikap tunduk kepala dan sentiasa menjadi Pak Turut dalam semua perkara selagi mereka berkhidmat dengan parti dan kerajaan.

Harap apa yang sedang berlaku di Terengganu akan menjadi pengajaran berguna kepada Barisan Nasional selepas ini dan jangan ambil mudah dengan suara-suara kerdil yang berbunyi di sisi-sisi jalan..DENGARLAH DENYUT NADI RAKYAT :)

Isnin, Mei 12, 2014

PR turut menjadi batu api kepada kaum Cina di Sarawak

Kenyataan terbuka oleh beberapa pemimpin parti dari DAP yang dibuat ketika bersidang di dalam DUN dan juga semasa sidang media yang secara terang-terangan telah menyentuh isu berkaitan dengan hal ehwal kaum di Sarawak sesungguhnya tidak akan membantu menstabilkan keharmonian kaum di negeri ini melainkan mereka hendak memulakan satu keadaan di mana hendak menjerumuskan semula masyarakat di Bumi Kenyalang ke dalam situasi perebutan kuasa, wilayah yang kemudiannya menjurus kepada perbalahan antara kaum sepertimana yang pernah berlaku pada zaman pemerintahan kerajaan Brunei dahulukala.

Kita di Sarawak tidak mahu keadaan itu berulang sekali lagi di negeri ini selepas kita merasai nikmat kemakmuran setelah bersama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah membina Persekutuan Malaysia yang nyata lebih terjamin perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaumnya. Apabila terdapat beberapa pemimpin dan wakil-wakil rakyat dari DAP cuba membangkitkan isu berkaitan kaum, maka kita mahu kerajaan negeri lebih berani untuk mengingatkan mereka ini agar lebih berwaspada dan bertanggungjawab dengan apa yang mereka nyatakan agar ianya kelak tidak akan menjadi punca berlakunya keadaan yang tidak terkawal di Sarawak ini.

Kita merayu kepada pemimpin politik dari kaum Cina di Sarawak khususnya dari DAP agar mereka jangan sesekali mengungkit keadaan hidup kaum mereka dengan bentuk bagaimana kerajaan Barisan Nasional melayan kaum mereka berbanding kaum Bumiputera di Sarawak yang mereka dakwa tidak adil tetapi adakah mereka membuka mata untuk melihat bagaimana pula keadaan hidup kaum Bumiputera yang tinggal di bandar-bandar besar seluruh Sarawak yang hidup mereka umpama melukut di tepi gantang ?

Kami rakyat dari kaum Bumiputera di Sarawak tidak pernah melihat dasar kerajaan BN selama ini yang dituduh oleh pemimpin DAP ini sebagai telah menekan kaum Cina di Sarawak namun sebaliknya kami merasa dasar kerajaan BN lebih mengutamakan kaum Cina jika dibandingkan dengan apa yang kaum Bumiputera dapat. Hak rakyat pendalaman malah ada sesetengah tanah-tanah yang telah diusahakan oleh penduduk kampung kaum Bumiputera yang telah beralih hak kepada pihak yang tak sepatutnya.

Ahad, Mei 11, 2014

Tuduhan liar dan tidak berasas Anwar & PKR terhadap SPR kini memakan diri sendiri

Entah apa yang akan menimpa parti PKR yang dikawal oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini semuanya belum pasti lagi. Namun apa yang mereka sedang hadapi ketika ini iaitu di saat pemilihan berbagai jawatan dalam parti pada peringkat bahagian sedang berlangsung, suasana kecoh dengan isu penipuan serta penyelewengan bukan saja berlaku di satu tempat tetapi telah berlaku hampir di semua bahagian seluruh negara.

Apa yang lebih menarik dari situasi kacau bilau semasa proses pemilihan jawatan PKR sedang berlangsung sekarang ini akibat dari beberapa insiden penipuan dan penyalahgunaan kuasa memilih calon ialah perkara itulah yang selama ini yang selalu dikaitkan oleh para pemimpin PKR juga pengikut mereka dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mereka sesuka hati dan tanpa rasa bersalah melemparkan dakwaan tanpa asas kepada suruhanjaya berkenaan kononnya melakukan penipuan ketika PRU mahupun ketika PRK semata-mata untuk memenangkan Barisan Nasional.

Kini, segala apa yang pernah mereka tuduh terhadap pihak SPR sebelum ini nampaknya sedang berlaku dengan pantas di dalam PKR sendiri apabila semasa proses pemilihan sedang berlangsung kejadian pergaduhan sesama ahli parti seakan-akan menjadi asam garam pula dalam PKR, harus berlaku perkelahian dan pergaduhan untuk merebut jawatan dalam parti.

Segelintir rakyat Malaysia telah hilang nilai-nilai murni dalam hidup

Keputusan terdesak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memansuhkan Akta ISA serta Ordinand Darurat nampaknya tidak mampu membendung sikap melampau, biadap dan kurang ajar sesetengah daripada rakyat di negara ini.

Mereka malah tidak pernah berterima kasih atas semua pengorbanan yang telah kerajaan buat semata-mata kerana mahu memenuhi desakan daripada pihak pembangkang, namun apa yang lebih mengecewakan lagi ialah apabila ada di antara mereka berterusan cuba menyerang pemimpin negara tanpa rasa segan silu biarpun hanya menggunakan sekeping gambar.

Perbuatan kurang ajar seperti itu hendaklah disekat dari terus menjadi ikutan generasi yang akan datang.

Salam 1Malaysia

Isnin, September 23, 2013

Abu Chin Peng serupa itu Abu Sayyaf maaa...!!


!! jangan sampai mengganggu ketenteraman malam rakyat Malaysia !!


Selasa, Julai 23, 2013

50 tahun dalam politik Malaysia, Taib Mahmud Bapa Pembangunan Sarawak !

Tahun ini 2013 genaplah 50 tahun Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menggunakan lebih dari separuh usia beliau terlibat di dalam politik Malaysia memberi khidmat bakti kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sarawak khasnya.

Menganggotai kabinet pertama Sarawak pada tahun 1963 dengan portfolio Menteri Tanah dan Galian Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Pertama Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan dan seterusnya sekitar tahun 1969 beliau di bawa ke dalam kabinet Persekutuan Malaysia oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Petra Alhaj.

Selepas Tunku Abdul Rahman bersara dari jawatan Perdana Menteri kemudian Pehin Sri Abdul Taib kekal di dalam kabinet persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri kedua iaitu Tun Haji Abdul Razak Hussein sebagai Menteri Penerangan Malaysia awal tahun 1970an. Selepas berlaku peralihan kuasa dari Tun Abdul Razak yang meninggal dunia dalam tahun 1976, pentadbiran negara kemudiannya diambilalih oleh Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri ketiga di mana menyaksikan Pehin Sri Abdul Taib masih di Persekutuan sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sehingga awal tahun 1981.

Dalam tahun 1981, Pehin Sri Hj. Abdul Taib telah dipanggil kembali ke Sarawak oleh ayah saudara beliau Tun Haji Abdul Rahman Ya'akub bagi menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak berikutan Tun Rahman baru saja dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-4.

Memulakan tugas beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keempat dalam tahun 1981, Pehin Sri Hj. Abdul Taib memperkenalkan Dasar Politik Pembangunan di dalam pentadbirannya dengan matlamat untuk membawa rakyat serta negeri Sarawak keluar dari budaya kerja lama kepada cara bekerja yang lebih moden dan mencabar di samping mengubah wajah negeri Sarawak yang sebelumnya agak suram dari segi kegiatan ekonominya kepada sebuah negeri membangun yang bersedia menggunakan segala sumber untuk menukar status Sarawak dari sebuah negeri pertanian kepada sebuah negeri perindustrian iaitu selari visi kerajaan pusat yang menyasarkan tahun 2020 menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Selama 50 tahun mengharungi suka duka kehidupan sebagai seorang pemimpin rakyat Sarawak khususnya, Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud yang kekal bertahan sehingga kini nyata dan terbukti telah mengubah wajah Sarawak dari sebuah negeri yang mundur satu ketika dulu menjadi sepertimana yang dapat dilihat pada hari ini. Biarpun tidak semua kawasan penduduk mampu dibangunkan, tetapi sekurang-kurang usaha kerajaan di bawah kepimpinan Pehin Sri Hj. Abdul Taib telah menyaksikan banyak kejayaan yang dicapai dalam mewujudkan peluang kerja, mewujudkan penempatan baru bagi rakyat apabila semakin banyak rangkaian jalanraya dibina.

Sabtu, Julai 20, 2013

Kerajaan Barisan Nasional gali lubang tutup lubang !

Kalau kita perhatikan keadaan di dalam negara selepas keputusan kerajaan BN di bawah Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan berikutan pemansuhan akta tersebut lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada keadaan semasa terhadap Malaysia dan langsung tidak membantu dalam mengekalkan suasana aman dan tenteram di dalam negara.

Sesiapa saja boleh mengambil keputusan untuk menimbulkan keadaan yang tidak menentu di negara ini tanpa berpikir dua tiga kali kerana ramai di kalangan mereka telah beranggapan kini mereka bebas untuk melakukan apa saja kerana akta yang mengandungi berbagai undang-undang yang sebelum ini menjadi batu penghalang kepada niat jahat mereka sudah dihapuskan.

Keputusan oleh Kerajaan BN sebelum ini yang telah menarik balik Akta ISA ternyata bukan hanya setakat itu tetapi turut berjangkit pula kepada akta-akta yang lain. Apabila kerajaan BN sudah terlalu tunduk kepada tekanan daripada pihak pembangkang maka tindakan memansuhkan Akta Hasutan serta Ordinan Darurat terus menyusul menyebabkan pihak PDRM yang disifatkan oleh Menteri KDN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai harimau yang sudah kehilangan taringnya.

Kita berasa sangat kecewa dengan tindakan kerajaan Datuk Seri Najib yang terpaksa mengorbankan masa depan negara apabila bersetuju dengan desakan daripada pihak pembangkang yang menekan agar dihapuskan berbagai akta serta undang-undang yang selama ini telah menjadi perisai kepada kestabilan negara hanya kerana hendak mengekalkan kuasa serta meraih populariti daripada masyarakat Cina di negara ini.

Tidakkan kita melihat tindakan kurang bijak kerajaan yang menghapuskan undang-undang lama dan menggantikannya dengan undang-undang baru yang belum tentu berkesan dan belum tentu memuaskan hati pihak tertentu sebagai kerja sia-sia dan hanya membuang masa. Kenapa tidak diperbaiki atau ditambahbaik saja undang-undang sedia ada seperti ISA atau Ordinan Darurat agar ianya sesuai dengan peredaran zaman daripada mewujudkan akta baru yang belum pasti akan diterima oleh masyarakat.

Selasa, Jun 25, 2013

Orang-orang PR bukan saja lagi mati Syahid tetapi mati tertipu bulat-bulat hehehe...

 Sebelumnya ketua pembangkang merangkap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh SPR berkomplot dengan Barisan Nasional menipu dalam PRU13 lalu menyebabkan PR gagal mencapai sasaran untuk menawan Putrajaya.

Bukan saja di dalam negara malah seluruh dunia Anwar Ibrahim membawa cerita kononnya berlaku berbagai bentuk penipuan pada pilihan raya umum ke-13 lalu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya serta isu pengundi hantu warga Bangladesh seramai 40,000 orang untuk memenangkan BN.
 Tuduhan dan dakwaan liar ini semuanya ditelan bulat-bulat oleh para pengikut serta penyokong PR tanpa menilainya terlebih dulu dengan akal fikiran yang waras. Kerana terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim, Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh, Husam Musa, Mahfuz Omar dan yang lain-lain lagi, ada diantara mereka ini sanggup melakukan perbuatan melampaui batas-batas undang-undang.
 Malah, dua hari sebelum Majlis Mengangkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen oleh 222 wakil rakyat yang dipilih dalam PRU13 lalu, ramai di kalangan penyokong Anwar Ibrahim khususnya dan PR amnya termakan dengan fatwa songsang yang di keluarkan oleh Naib Presiden parti PAS Datuk Hj. Husam Musa yang mendakwa kononnya barangsiapa yang pergi menyertai Himpunan Haram Blackout505 pada 22 Jun sehingga 24 Jun sekiranya mereka mati ketika bertempur dengan pasukan keselamatan maka mati mereka adalah mati Syahid.

Maka itulah pada hari semalam di luar bangunan parlimen mengapa masih ada kalangan penyokong Anwar Ibrahim dan PR sanggup berbuat apa saja termasuk menyerang anggota Polis yang bertugas semata-mata untuk mendapat mati Syahid dan terus masuk ke dalam Syurga. Tetapi apa yang mereka dapat??????
 Sedangkan dalam masa yang sama, ketua mereka Anwar Ibrahim, Kit Siang, Hadi Awang, Karpal Singh serta 85 orang wakil rakyat dari PR duduk selesa di dalam dewan parlimen menunggu giliran masing-masing untuk mengangkat sumpah sebagai seorang Ahli Parlimen dan secara tidak langsung telah mengiktiraf keputusan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat dalam pilihan raya demokrasi yang dikendalikan oleh SPR.
Dan ketika para penyokong dan pengikut Anwar Ibrahim, Kit Siang, Karpal Singh, Guan Eng dan Hadi Awang berjemur di lapangan luar bangunan parlimen setelah ditahan oleh pihak berkuasa kerna cubaan mereka untuk mengganggu majlis angkat sumpah itu, kesemua pemimpin dalam PR sedang berseronok di dalam dewan selepas selesai majlis angkat sumpah malah mereka makan bersama dengan wakil-wakil rakyat dari BN sambil bergurau senda sesama sendiri seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di luar bangunan parlimen.

Inilah tahap kelembapan orang-orang Pakatan Haram Pembangkang DAP, PAS dan PKR ini yang mesti dihindari oleh semua agar tidak berjangkit kepada orang lain pula, perkara yang semudah itupun mereka masih gagal untuk menilainya dengan pikiran sendiri.

Khamis, Jun 20, 2013

Himpunan Black505 menjanjikan Syurga ataupun Neraka ?

Mati Syahid, itulah yang dijanjikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kepada mana-mana ahli parti PAS yang mahu menyertai himpunan haram Blackout505, 22 Jun Sabtu ini seandainya pada perhimpunan itu nanti mereka mati akibat dari rusuhan yang mungkin bakal mereka cetuskan.

Itu janji-janji Husam Musa kepada ahli-ahli dari parti PAS tetapi bagaimana pula dengan ahli parti dari DAP dan juga PKR yang tidak beragama Islam jika mereka juga mati kerana bergaduh sesama sendiri di dalam perhimpunan haram itu nanti apakah mereka juga akan ke syurga?

Inilah bahayanya fatwa yang dikeluarkan secara sembarangan oleh mereka-mereka yang tidak memiliki ilmu agama yang secukupnya. Tidak memahami ajaran agama serta tidak mendalami maksud kandungan Kitab Suci tetapi berani mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan orang Islam yang lain.

Hanya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) kita rakyat Malaysia yang cintakan keamanan bergantung harap agar KDN bersikap lebih tegas terhadap pihak yang terus berdegil yang masih tetap mahu mengadakan perhimpunan haram walaupun sedar ianya akan menyusahkan ramai orang yang tidak bersetuju dengan himpunan itu nanti.

Ahad, Jun 16, 2013

Sebelum DAP saman UMNO, ingat dulu dua kejadian sebelum tragedi penebat kilat tumbang di P. Pinang

 Malaysia dikejutkan dengan tragedi yang sungguh tidak dijangka beberapa hari yang lalu berlaku di Pulau Pinang apabila penebat kilat yang didirikan di Ibu Pejabat UMNO negeri itu tumbang dan jatuh ke atas jalanraya ketika ribut kuat melanda sehingga mengakibatkan kerosakan teruk beberapa buah kenderaan serta membawa kematian terhadap seorang warga India dan terbaru seorang rakyat Pulau Pinang keturunan Cina dipercayai turut terkorban.

Kejadian tersebut sebenarnya berpunca dari bencana alam yang sudah pasti tidak dapat dihindari mana-mana pihakpun namun pemimpin-pemimpin DAP dikatakan mula memainkan kejadian itu sebagai isu politik untuk menyalahkan UMNO dan difahamkan juga kejadian itu telah menjadi perbualan hangat rakyat Pulau Pinang malah ada yang mengusulkan kepada DAP agar mengemukakan saman ke atas UMNO berikutan kematian seorang lelaki dalam tragedi itu.

Jika rakyat Pulau Pinang khususnya mereka yang berketurunan Tiong Hua bersikap adil dan rasional dalam perkara seperti ini tentu sekali mereka tidak akan melihat kejadian tersebut sebagai isu perkauman yang harus dipolitikkan tetapi sekiranya mereka masih juga berkeras mahu mengheret isu kematian lelaki berkenaan sebagai isu politik serta perkauman maka mereka juga jangan terkejut jika pihak yang satu lagi turut bertindak serupa dengan membangkit semula dua kejadian kemalangan akibat kecuaian manusia yang telah berlaku pada awal tahun 2010 sebelum ini.
 Kita semua rakyat Malaysia tentu masih ingat dengan kejadian seorang penuntut di UiTM iaitu Mohd. Bakri bin Mohd. Bazli yang dilanggar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sekinchan, Selangor Ng Swee Lim berdekatan lampu isyarat pada 7 February 2010 jam 11:50 malam yang dipercayai memandu dalam keadaan diri di bawah pengaruh alkohol.

Kejadian ini tidak mendapat liputan meluas daripada pihak media terutama media pembangkang mungkin kerana yang melanggar adalah dari pihak mereka manakala yang kena langgar pula bukan Teoh Beng Hock, Chin Peng atau Ah Chai tetapi seorang pemuda Melayu yang agaknya dianggap sebagai orang UMNO oleh pihak pembangkang maka itulah sebab kejadian tersebut menjadi dingin dan hampir dilupakan.
Begitu juga satu lagi kejadian yang membawa maut kepada seorang Askar Melayu di-Raja, Mohd. Salleh Hamdan yang menjadi mangsa kemalangan jalanraya setelah dilanggar oleh sebuah kereta mewah yang dinaiki Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari PKR. Kejadian berlaku jam 9 malam 13 Mac 2010 di KM49, Jalan Johor-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi Johor. Tentu ramai blogger-blogger masih ingat dengan peristiwa itu.

Kedua-dua kejadian di atas ini berpunca dari kelalaian atau kecuaian manusia yang boleh dielak jika memandu kenderaan dalam keadaan berhemah, bersabar dan bertimbang rasa. Namun oleh kerana sikap angkuh dan bongkak mereka yang sudah biasa serta kerap mencabul undang-undang negara ini, maka kedua-dua kes ini seakan-akan semakin dilupakan kerana pihak BN tidak menggunakan kejadian seumpama itu sebagai bahan untuk dijadikan satu isu atau modal politik.

Justeru itu, seandainya DAP mahu menggunakan kes kejadiaan ribut yang menumbangkan penebat kilat di bangunan UMNO itu yang menyebabkan dua kematian sebagai isu politik di samping sebagai senjata baru mereka untuk menghasut rakyat Pulau Pinang agar terus membenci kerajaan BN terutamanya UMNO, maka DAP ataupun Pakatan Pembangkang kena bersedia untuk berdepan dengan dua isu lama itu yang melibatkan pihak mereka secara langsung.

Ahad, Jun 09, 2013

Bila tanah dah disukat, jangan pula sibuk nak jual kepada tauke2 !

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang meluluskan peruntukkan tambahan sebanyak RM30 juta kepada kaum Bumiputera di Sarawak bagi tujuan proses menyukat tanah-tanah mereka haruslah disambut dengan rasa penuh kesyukuran dan penuh tanggungjawab oleh kaum Pribumi di Bumi Kenyalang. Cuma yang kita harapkan ialah apabila sudah tanah disukat dan sesudah mendapat surat atau dokumen hak milik tanah nanti janganlah pula beberapa bulan selepas itu sibuk nak menjual tanah-tanah itu kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Arkib Blog