Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Selasa, Julai 19, 2011
Anwar jadi 'Pengerusi Mesyuarat Tingkap' ketika di Sarawak !
Wira Kenyalang dan blog Apai Ngelai mengenai mesyuarat tingkap PKR itu.
Sementara tetamu yang turut bersama Anwar di dalam ruang rumah duduk selesa tetapi tentu mereka terasa janggal dengan keadaan sedemikian dan rasa terpinggir disaat Anwar sedang berucap kepada tetamu yang dibawah sambil membelakangi mereka yang berada di atas dan selanjutnya, apa pula perasaan para hadirin yang berada di luar rumah apabila Anwar berucap kepada mereka melalui tingkap rumah?
Tidak terpikirkah mana-mana ahli PKR Sarawak yang hadir pada malam itu bahawa yang perbuatan seperti itu seakan-akan Anwar telah mempersendakan mereka yang berada di bawah? Kenapa tidak pohon permit polis untuk berhimpun? Kenapa perlu menyusahkan diri sendiri serta para jemputan lain datang ke majlis yang terdesak seperti itu? Kalau polis tanya, untuk apa tujuan perhimpunan diadakan, jawab saja nak elak "mesyuarat tingkap" agar semua yang hadir akan dilayan sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan anda sangat dialu-alukan dan anda bebas untuk memberi sebarang komen yang penting sederhana saja. Terima Kasih kerana melawat blog yang serba kekurangan ini...