Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Jumaat, Jun 17, 2011
Bob Lokman masuk PAS, Siti pulak masuk Askar !
Jika dulu seorang pelawak terkenal, penyanyi kurang terkenal dan pelakon yang dikenali yakni Bob Lokman telah masuk kedalam PAS namun kini seorang lagi tetapi artis wanita telah mengambil satu keputusan yang amat jauh berbeza daripada yang dibuat oleh Bob Lokman apabila mengambil keputusan jauh lebih berani daripada pelawak berkenaan dengan menyertai salah satu cabang dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia.
Kalau Bob Lokman masuk PAS dengan niat tertentu iaitu untuk membantu PAS, DAP dan PKR menabur fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional juga pihak lain yang tidak sebulu dengan mereka disamping mahu melihat keadaan keselamatan dalam negara menjadi huru-hara tetapi sangat berlainan dengan Datuk Siti Nurhaliza yang masuk Tentera Malaysia agaknya memang dengan satu niat yang murni iaitu untuk menabur khidmat bakti kepada nusa dan bangsa disamping untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan anda sangat dialu-alukan dan anda bebas untuk memberi sebarang komen yang penting sederhana saja. Terima Kasih kerana melawat blog yang serba kekurangan ini...