Sabtu, November 06, 2010

Stop berblog lebih kurang sebulan mulai esok ! Terima kasih semua...

Saya akan berhenti seketika dari menulis untuk blog ini serta untuk fb saya dan sekiranya semua urusan berjalan dengan lancar maka saya akan kembali lebih awal atau lewat sedikit bergantung kepada keadaan.

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger serta pelawat yang sudi memberi perhatian kepada laman blog Anak Merdeka ini walaupun bahasa Melayu saya guna sangat kucar-kacir serta tidak tersusun dengan baik namun saya tetap berazam mahu menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik lagi.

Saya bangga negeri Sarawak telah 47 tahun membangun bersama dengan lain-lain negeri dalam Malaysia. Saya bangga Malaysia dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional. Semoga kestabilan politik di negara Malaysia akan terus kekal sampai bila-bila tanpa ada titik noktahnya.

Harap blog AIDC akan terus kekal dan tidak akan ditutup sebagaimana yang diwar-warkan serta diharap rakan-rakan yang terlibat secara bersama dalam mewujudkan laman web AIDC hendaklah bersabar, janganlah berputus asa dan mungkin nanti dengan berkat kesabaran maka dengannya AIDC akan dapat bergerak semula dengan lebih aktif lagi.

Terima kasih !

10 ulasan:

  1. Apa pun yang hendak dilakukan, semoga Hilbert dalam keadaan sejahtera.

    perihal Bahasa Melayu... saya rasa, Bahasa Kebangsaan jauh lebih baik penggunaannya berbanding beberapa blog Melayu tulen... jadi, saya rasa Hilbert tidak perlu terlalu merendah diri dalam hal berbahasa.

    Saya ucapkan selamat pergi dan selamat kembali...

    BalasPadam
  2. selamat dalam apajua yang anda lakukan sahabat...

    BalasPadam
  3. pergi haji ni. tahniah . semuga mendapat hj mabrur

    BalasPadam
  4. "Saya bangga negeri Sarawak telah 47 tahun membangun bersama dengan lain-lain negeri dalam Malaysia. Saya bangga Malaysia dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional. Semoga kestabilan politik di negara Malaysia akan terus kekal sampai bila-bila tanpa ada titik noktahnya."

    TURUT BANGGA.

    BalasPadam
  5. bro Hilbert,

    terima kasih kerana menyertai perjuangan dalam menentang PR di negeri kita yang tercinta. Semoga bro dapat kembali dengan semangat juang yang lebih tinggi bagi persiapan kita menghadapi pilihnraya negeri yang dibuat tidak lama lagi nanti. Salam perjuangan dan salam sejahtera.

    BalasPadam
  6. salam bro..semoga berjaya dalam urusan ini namun teruskan penulisan bila segala urusan dah selesai..

    BalasPadam
  7. Terima kasih.. Cucu Tok Wan, Putra Merdeka, Cicit Raja Jembal, Tuan Arif Omar, Dr 1221, bro Apai, GAP..saya sedaya upaya berusaha agar dapat terus menulis walau kadangkala curi2 masa,,keadaan sangat tidak berapa mengizinkan sekarang ni.

    Saya harap keadaan semakin baik dalam beberapa minggu lagi.

    Terima kasih rakan2 semua.

    BalasPadam

Ulasan anda sangat dialu-alukan dan anda bebas untuk memberi sebarang komen yang penting sederhana saja. Terima Kasih kerana melawat blog yang serba kekurangan ini...