Belum pernah terjadi dalam sejarah mana-mana Pilihan Raya Kecil di negara ini baik ianya untuk Dewan Parlimen atau untuk Dewan Undangan Negeri berlakunya kejadian seperti yang telah dibuat oleh Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat serta calon PAS Dr Zulkifli yang sanggup meninggalkan jentera kempen pilihan raya parti mereka keluar dari kawasan DUN yang ditandingi semata-mata untuk memujuk pengundi-pengundi yang kini sedang bekerja di sekitar Lembah Klang dan Johor agar balik dan mengundi calon PAS pada 4hb November depan.
Apakah PAS sudah sangat terdesak untuk menang sehingga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi menampung kos untuk mempelawa rakyat Galas yang sedang mencari rezeki untuk pulang ke kampung masing-masing menjelang PRK DUN Galas pada Khamis minggu depan ?
Tidak yakinkah PAS kepada tawaran atau umpan sebanyak RM200-RM250 untuk menarik minat golongan yang disasarkan sehingga memaksa mereka keluar kawasan untuk memburu dan mengesan kedudukkan pengundi Galas yang kini dikatakn seramai 1557 orang berada di sekitar Selangor dan Johor ?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan anda sangat dialu-alukan dan anda bebas untuk memberi sebarang komen yang penting sederhana saja. Terima Kasih kerana melawat blog yang serba kekurangan ini...