Ahad, April 18, 2010

Salam Takziah - Achik Spin maut dalam kemalangan jalanraya


Penyanyi kumpulan Spin, Abdillah Murad Md Shari atau lebih dikenali dengan panggilan Achik 28 tahun, meninggal dunia setelah terlibat didalam nahas ngeri jalanraya di KM 14 Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn Bhd(Lekas) petang semalam.

Dalam tempoh sebulan dunia hiburan tanah air telah kehilangan dua daripada penggiat seni.

Dikesempatan ini saya sebagai salah seorang daripada jutaan penyokong senyap industri seni di negara ini ingin menyampaikan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga Achik, supaya mereka semua tabah dan sabar dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini, maka kita semua mendoakan semoga roh Allahyarham akan dicucuri dengan rahmat serta ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang soleh. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan anda sangat dialu-alukan dan anda bebas untuk memberi sebarang komen yang penting sederhana saja. Terima Kasih kerana melawat blog yang serba kekurangan ini...