Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Ogos 19, 2011

Liwat II: Karpal Singh gelisah dengan kemunculan Mohd Saiful dalam TV3 !!!

TV3 pada malam hari Rabu lepas iaitu 17 Ogos 2011 telah menyiarkan temubual khas eksklusif wartawannya Nik Suriani Megat Drahman bersama dengan saksi utama dalam kes liwat II Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhary Azlan dalam slot berita Buletin Utama.

Temubual khas itu merupakan satu usaha murni oleh pihak TV3 untuk mengenang atau mengingati semula genapnya tiga tahun Mohd Saiful yang telah melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2008 ekoran pengakuan beliau telah diliwat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Kemunculan tanpa diduga Mohd Saiful dalam Buletin Utama TV3 pada malam itu telah menyebabkan Ketua Peguam kes liwat II, Karpal Singh menjadi panik lalu tiba-tiba jatuh pengsan dihadapan tv. Rupa-rupanya bukan Karpal Singh seorang saja yang terkejut melihat wajah ceria Mohd Saiful muncul di kaca tv pada malam tersebut malahan S. N. Nair dan semua barisan peguambela yang mewakili Anwar Ibrahim.

Berhubung dengan perkembangan terbaru ini, kini Karpal Singh dikatakan tengah giat berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk terus melengah-lengahkan perbicaraan yang akan bersambung semula Isnin minggu depan 22 Ogos.

Sekiranya ditangguhkan lagi perbicaraan ini kelak jadi semakin lama kes liwat II ini ditangguhkan maka semakin kembanglah poket Karpal Singh dan semakin banyaklah juga bantuan asing masuk ke dalam dana PKR dan juga besar kemungkinan semakin lunturlah keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan di negara ini.

Namun kita semua berharap agar perkara itu tidak akan berlaku dan demi keadilan untuk Mohd Saiful, supaya perbicaraan dapat diteruskan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Yang Amat Arif Tuan Hakim Datuk Zabidin Md Diah pada Isnin lepas yang mewajibkan Anwar Ibrahim hadir ke Mahkamah untuk membela diri walau dalam keadaan yang bagaimana sekalipun.

Arkib Blog