Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mac 20, 2011

Baru Bian bukan penganut Roman Katholik tetapi Protestant !

Aisanda melalui blognya "Keadilan Untuk Sarawak" telah melaporkan bahawa esok jam 10:00 pagi bertempat di depan Bangunan Lama Mahkamah Kuching pihak PKR yang diketuai oleh Baru Bian akan mengadakan perhimpunan untuk mengumpul seramai mungkin penganut Kristian bagi membantah tindakan KDN yang telah menahan lebih 30,000 naskah Kitab Injil dalam bahasa Melayu di dua pelabuhan di negara ini.

Jika benar PKR akan mengadakan demonstrasi berkenaan dengan isu Al-Kitab berkenaan, saya sebagai penganut Roman Katholik juga selaku salah seorang daripada rakyat Sarawak berharap kepada seluruh penganut Kristian di Sarawak terutama kita dari mazhab Roman Katholik supaya mengelak diri untuk dijadikan sebagai alat politik oleh Baru Bian yang kita tidak tahu apa aliran agama dia.

Penganut Roman Katholik harus berhati-hati dengan sebarang tindakan mereka dari pihak Protestant ini kerana sejarah Katholik itu sendiri pernah menyaksikan bagaimana pihak dalam Protestant seperti S.I.B, Bahai, Anglikan, Mormon, Methodis dan banyak lagi mazhab sentiasa cuba untuk melemahkan pengaruh Katholik biar di mana saja.

Kepada semua penganut Roman Katholik, kalau boleh, jauhilah semua kegiatan yang akan dianjurkan oleh pihak Baru Bian yang boleh mencemar nama baik Katholik kerana dalam apa jua keadaan tiada satupun aliran agama yang membenarkan umatnya untuk membuat perkara-perkara yang boleh menggugatkan keselamatan, keamanan serta keharmonian setiap negara.

4 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..BEGITU JUGAK DGN PENGANUT PAS. MEREKA NI X TAU APA2 TAPI MENYOKONG BENDA YG MEREKA SENDIRI TAK PASTI. APA PUN MAJORITI WARGA S'WAK PASTI DAH TAU MENILAI YG KACA YG MANA PERMATA

harmdone7 berkata...

Sdra Blogger, minta maaf tumpang promo online poll di sini ya... terima kasih.

Who should be the next Sarawak CM? Click on link below (or cut & paste URL) to vote.

http://www.micropoll.com/a/mpview/1069566-405576

hilbert berkata...

Salam Jeffry,
memang benar bro, disebabkan tdak tahu apa2 tapi sokong juga itulah sebab kenapa semakin ramai pihak yang tersesat dlm perjuangan mereka.

harmdone7, ok bro..

Media Cyber berkata...

http://prkmsia.blogspot.com/ here... everything ada dalam tok hilbert.

Arkib Blog